Seminggu setelah tirai tahun 2013 dibuka, pihak jawatankuasa LDP telah mengaturkan latihan dalam perkhidmatan untuk guru-guru SMKTS. Pastinya latihan tersebut dapat memantapkan lagi P & P guru-guru.
Kursus tersebut mendedahkan para guru tentang satu program yang dinamakan Frog Vle.
The Frog Virtual Learning Environment (VLE) adalah satu sistem berasaskan web pembelajaran yang replikasi dunia sebenar pembelajaran dengan mengintegrasikan kesetaraan maya konsep konvensional pendidikan. Sebagai contoh, guru boleh menetapkan pelajaran, ujian, dan pentaksiran, manakala pelajar boleh mengemukakan kerja rumah dan mengetahui pencapaian mereka melalui VLE. Ibu bapa boleh melihat berita sekolah dan dokumen-dokumen penting manakala pentadbir sekolah boleh menganjurkan kalendar sekolah mereka dan menyebarkan notis sekolah melalui Internet.
Sila layari https://mea1062.1bestarinet.net/app/login dan masukkan Yes ID dan Kata Laluan yang telah diberikan oleh pihak sekolah. Nota: Pastikan anda telah logout daripada akaun gmail yang lain. Paparan terbaik adalah dengan menggunakan Google Chrome.
Klik Panduan Guru atau Panduan Murid untuk mendapatkan panduan video lengkap penggunaan Frog VLE.
Rakaman peristiwa pada hari tersebut.
Guru-guru SMKTS
Guru Cemerlang Sains SMKTS : Pn. Wahyu Akmal
Pn. Aniza Omar selaku fasilitator pada hari tersebut
Pengetua SMKTS Pn Saadiah sedang memberikan ucapan kepada anak buahnya
Pn. Siti Rohana Penyelaras LDP
En. Mohd Asri sedang memberikan penerangan tentang program Frog Vle
No comments:
Post a Comment